Pernahkah anda rasa letih kerana terpaksa menaip prompt yang sama berulang kali setiap kali menggunakan AI? Bayangkan jika anda boleh memiliki seorang pembantu peribadi yang sudah sedia maklum tentang gaya bahasa anda, kepakaran anda, dan cara anda bekerja tanpa perlu diajar semula.
Inilah fungsi utama Gemini Gems. Dalam panduan ini, kita akan kupas apa itu Gems dan bagaimana ciri ini boleh mengubah cara anda bekerja menjadi lebih efisien.
Secara ringkasnya, Gemini Gems ialah versi khusus atau "mini-assistant" dalam Google Gemini yang boleh anda atur cara mengikut keperluan spesifik. Jika sebelum ini Gemini bersifat umum, dengan Gems, anda boleh menjadikannya seorang pakar dalam bidang tertentu.
Anda boleh memberikan arahan terperinci seperti:
"Awak adalah pakar copywriting untuk bisnes makanan di Malaysia. Gunakan gaya bahasa yang santai, mesra, dan berikan jawapan yang ringkas."
Sekali anda set rules ini, Gems tersebut akan sentiasa mematuhi personaliti tersebut setiap kali anda membukanya.
Kenapa anda perlu mula membina Gems sendiri? Ini adalah tiga sebab utamanya:
1. Jimat Masa & Automasi Kerja Berulang
Tiada lagi isu "copy-paste" prompt yang panjang lebar. Dengan Gems, anda hanya perlu simpan arahan kompleks tersebut sekali sahaja. Selepas itu, anda hanya perlu masukkan input ringkas, dan Gems akan uruskan selebihnya. Ia sangat membantu untuk tugas rutin seperti:
Menjana prompt mengikut templat yang kita tetapkan.
Menulis copywriting untuk kandungan media sosial.
Menghasilkan template jawapan mesej pelanggan.
2. Jawapan Lebih Konsisten & Mengikut Gaya Anda
Salah satu masalah AI biasa ialah jawapannya kadangkala "lari" dari apa yang kita mahukan. Gems menyelesaikan masalah ini kerana ia kekal dalam konteks yang telah ditetapkan (seperti ton bahasa, panjang jawapan, dan sasaran audiens). Hasilnya akan sentiasa nampak profesional dan mengikut tetapan anda.
3. Membina "Pasukan Pakar" Versi Digital
Anda tidak terhad kepada satu Gem sahaja. Anda boleh cipta pelbagai jenis "pakar" mengikut peranan yang berbeza dalam hidup anda seperti:
Coach Larian: Untuk pelan senaman.
Cikgu Peribadi: Untuk membantu anak belajar subjek sekolah.
Pakar Marketing: Untuk brainstorming idea iklan.
Penasihat Diet: Untuk rancangan pemakanan sihat.
Proses membina Gems sebenarnya sangat ringkas. Ikuti langkah demi langkah di bawah:
Langkah 1: Akses Menu Gems
Mula-mula, buka platform Gemini anda. Di bahagian sidebar (tepi), cari menu Gems. Skrol ke bawah sehingga anda jumpa Gem Manager, kemudian klik pada butang + New Gem.
Langkah 2: Berikan Nama dan Deskripsi
Berikan nama yang unik untuk chatbot anda (contohnya: "Cikgu Copywriting" atau "Master Chef Bajet"). Masukkan deskripsi ringkas tentang fungsi chatbot tersebut supaya anda tidak keliru di masa hadapan.
Langkah 3: Tulis Arahan (Instructions)
Ini adalah "otak" kepada Gems anda. Di sini, anda perlu menulis arahan tentang bagaimana AI ini harus bertindak. Untuk permulaan, anda boleh menggunakan framework arahan AI yang saya kongsikan ini.
Selepas siap membuat arahan, anda boleh copy dan paste dalam ruang arahan AI ini. Kalau anda rasa draf arahan AI anda tidak kemas, anda boleh tekan butang magic pen di bahagian bawah arahan. AI akan auto kemaskan draf arahan yang anda buat.
Langkah 4: Uji dan Simpan
Sebelum simpan, cuba bersembang dengan Gems anda di bahagian preview. Adakah jawapannya seperti yang anda mahukan? Jika ya, klik Save. Kini AI chatbot tersuai anda sudah sedia untuk digunakan.
Langkah 5: Guna dan Kongsi
Semua Gems yang telah siap akan disimpan dalam My Gems. Di sini, anda mempunyai kuasa penuh untuk mengedit semula, memadam, atau berkongsi Gems tersebut dengan orang lain melalui butang menu di sisi chatbot tersebut.
Anda boleh tonton tutorial di YouTube ini untuk melihat demo dalam bentuk video.
Gemini Gems adalah langkah besar ke arah produktiviti yang lebih personal. Ia bukan sekadar chatbot biasa tetapi rakan kongsi digital yang boleh membantu anda menyelesaikan tugasan harian dengan lebih cepat dan tepat.
Adakah anda sudah mencuba membina Gem pertama anda? Jika belum, ini adalah masa yang tepat untuk "upah" pembantu peribadi AI anda sendiri!