Pernah tak anda rasa pening bila buka ChatGPT dan nampak berpuluh-puluh perbualan yang bercampur-aduk? Kejap tanya pasal resepi kek, kejap lagi pasal kerja pejabat, kemudian pasal movie pula.
Kalau anda nak kerja yang lebih sistematik, ChatGPT Projek adalah jawapannya. Dalam panduan ini, saya akan tunjukkan bagaimana fungsi "workspace AI" ini boleh mengubah cara anda bekerja dengan lebih fokus dan efisien.
Bayangkan ChatGPT Projek ini seperti sebuah ruang kerja khas. Di dalamnya, anda boleh kumpulkan semua sesi borak (chat), fail rujukan, dan arahan khas (custom instructions) yang berkaitan dengan satu tema sahaja.
Contohnya, anda boleh buat satu projek khas untuk "Bisnes Kedai Kek" dan satu lagi untuk "Subjek SPM Sejarah". ChatGPT tidak akan keliru antara kedua-duanya kerana setiap projek berada dalam "workspace" yang berbeza.
Kenapa anda perlu mula guna fungsi ini sekarang? Ini 3 sebab utamanya:
1. Kerja Lebih Tersusun (Tiada Lagi "Chat Berselerak")
Anda boleh asingkan tugasan mengikut kategori. Jika anda sedang fokus pada projek media sosial, semua fail dan perbualan berkaitan ada di situ sahaja. Ini memudahkan anda mencari semula maklumat lama tanpa perlu skrol panjang dalam sejarah perbualan biasa.
2. Jawapan Lebih Tepat & Konsisten
Dalam sesuatu projek, ChatGPT akan merujuk kepada fail yang anda muat naik dan arahan khas yang telah ditetapkan.
Konteks Konsisten: AI akan faham gaya bahasa dan objektif anda tanpa perlu anda ulang penjelasan yang sama setiap kali memulakan chat baru.
Fokus: Jawapan yang diberikan akan sentiasa selari dengan "pangkalan ilmu" yang anda bina dalam projek tersebut.
3. Pengurusan Fail & Kolaborasi Mudah
Anda boleh jadikan projek tersebut sebagai pangkalan ilmu mini. Muat naik PDF atau dokumen berkaitan dan ChatGPT boleh akses semuanya secara serentak. Lebih menarik, projek ini boleh dikongsi dengan rakan pasukan supaya semua orang mendapat konteks yang sama!
Proses membina ChatGPT projek sebenarnya sangat ringkas. Ikuti langkah demi langkah di bawah:
Langkah 1: Buat ChatGPT Projek
Mula-mula, buka platform ChatGPT anda. Di bahagian sidebar (tepi), cari projects. Kemudian klik pada butang + New project.
Langkah 2: Berikan Nama
Berikan nama untuk projek anda (contohnya: "Matematik Tingkatan 1" atau "Business Marketing") supaya mudah untuk rujukan kemudian.
Langkah 3: Tetapkan memori projek
Anda boleh pilih sama ada anda ingin projek tersebut mempunyai memori sendiri atau umum. Saya cadangkan anda untuk tetapkan setiap projek mempunyai memori sendiri supaya konteks output chatgpt lebih konsisten.
Langkah 4: Tetapkan setting projek
Klik titik tiga di hujung atas chatgpt untuk ke setting projek. Dalam setting ini, anda boleh masukkan custom arahan dan apa-apa dokumen berkaitan yang anda ingin ChatGPT rujuk. Akan tetapi, langkah ini adalah optional bergantung kepada tujuan projek yang anda ingin buat.
Projek ChatGPT anda siap! Anda sudah boleh gunakan dan berkongsi kepada orang lain.
Untuk video tutorial, anda boleh tonton video YouTube ini.
ChatGPT Projek bukan sekadar fungsi chatbot biasa, ia adalah "workspace AI" yang faham konteks kerja anda secara mendalam. Dengan fungsi ini, anda tidak lagi membuang masa menerangkan perkara yang sama berulang kali dan hasil kerja anda pasti akan jadi lebih berkualiti.