Pernah tak anda cuba jana gambar guna AI, tapi hasilnya "lari" daripada apa yang anda bayangkan? Kadang-kadang AI keliru antara subjek dan latar belakang, atau gaya seninya bercampur aduk.
Kalau anda nak kawalan penuh macam seorang pro, jawapannya bukan dengan menulis perenggan yang panjang lebar, tetapi dengan menggunakan Teknik Prompt JSON. Jom kita bedah cara tukar gaya penulisan prompt anda daripada gaya karangan sekolah kepada struktur data yang mantap!
JSON (JavaScript Object Notation) sebenarnya adalah format data yang biasa digunakan oleh programmer. Dalam dunia AI, teknik ini digunakan untuk mengasingkan arahan menjadi kategori-kategori kecil yang teratur.
Bayangkan anda memberi pesanan makanan. Daripada kata, "Saya nak nasi lemak yang pedas tapi ayamnya goreng berempah dan bungkus daun pisang," anda tukarkannya kepada:
Menu: Nasi Lemak
Tahap Pedas: Tinggi
Lauk: Ayam Goreng Berempah
Bungkusan: Daun Pisang
Lebih jelas, bukan? Begitulah cara Prompt JSON berfungsi untuk AI.
Curly Braces { } atau dipanggil objek. Semua maklumat prompt perlulah berada dalam kurungan ini.
Key - Value merujuk kepada maklumat prompt yang anda ingin masukkan. Key mesti ada pembuka kata " ".
Comma digunakan untuk pisahkan key-value.
Ini contoh prompt JSON untuk gambar AI yang anda boleh rujuk:
Mengapa perlu susahkan diri dengan kurungan { } dan pembuka kata " "? Ini sebab utamanya:
Pengasingan Data & Arahan: AI jadi lebih faham beza antara subjek utama dengan gaya seni. Contohnya, "Cyberpunk" akan dibaca sebagai Gaya, bukannya subjek yang tiba-tiba muncul di tengah gambar.
Kurangkan "Hallucination": AI kurang berhalusinasi atau keliru kerana setiap elemen diletakkan dalam keys yang spesifik.
Hasil yang Konsisten: Sangat sesuai jika anda ingin bina penjenamaan atau komik yang memerlukan watak atau suasana yang sama berulang kali.
Katakan anda ingin menghasilkan potret pahlawan wanita dari negara berbeza tetapi mahu kualiti dan pencahayaannya tetap sama. Anda hanya perlu tukar nilai pada beberapa bahagian saja.
1. Pahlawan Wanita Melayu:
2. Pahlawan Wanita Jepun:
Nampak? Dengan hanya menukar satu atau dua baris, anda dapat mengekalkan "vibe" gambar yang sama tanpa perlu tulis semula keseluruhan prompt.
Teknik prompt JSON adalah antara teknik popular yang digunakan oleh ramai orang terutamanya untuk penghasilan video dan gambar AI. Sebabnya teknik ini memudahkan anda untuk mengawal output AI. Tetapi untuk pemula yang belum mahir dengan struktur JSON, teknik ini mungkin agak sukar untuk dipraktikkan. Selain itu, output yang dihasilkan pun kadang-kadang tidaklah terlalu berbeza jika menggunakan teknik prompt biasa. Jadi terpulanglah kepada anda untuk menggunakan teknik yang paling anda selesa.
Masih tak faham tentang prompt JSON?
Jangan risau, tanya AI Chatbot Cikgu Ezzy.prompt ini, dia akan menjawab pertanyaan anda dan bantu anda sampai faham!
NOTA: Pastikan anda menggunakan gemini di browser untuk akses ke AI Chatbot ini.