Dengan bantuan AI hari ini, anda boleh menghasilkan ribuan helaian gambar mewarna yang unik dengan hanya beberapa klik. Selain menjimatkan kos, membuat gambar mewarna sendiri memberi anda fleksibiliti untuk memilih watak atau tema yang disukai oleh anak-anak atau pelajar. Anda boleh cetak berkali-kali dan gunakannya secara digital.
Persediaan Penting: Cetak di Rumah Lebih Mudah!
Apabila sudah ada gambar, langkah seterusnya tentulah mencetaknya. Walaupun anda boleh ke kedai percetakan, mempunyai printer sendiri di rumah adalah jauh lebih praktikal dan menjimatkan masa.
Kini, terdapat banyak pilihan printer yang berkualiti pada harga bajet. Bukan sahaja untuk gambar mewarna malah ia sangat berguna untuk tugasan sekolah anak, dokumen pejabat, dan latihan (worksheets).
Cadangan: Jika anda sedang mencari printer mampu milik untuk kegunaan rumah, anda boleh beli ini >>>
Sebenarnya sekarang ini banyak cara mudah untuk hasilkan gambar mewarna. Ini antara cara yang anda boleh buat:
Cara 1: Guna prompt text-to-image untuk hasilkan gambar mewarna
Buka mana-mana AI dan minta AI untuk hasilkan gambar mewarna. Tetapi dalam prompt, pastikan ada keywords ini supaya gambar mewarna yang dihasilkan nampak kemas: "Clean vector-style line art. Thick, smooth outlines. No shadows, no textures, no grayscale. Simple shapes, minimal details. Pure white background."
Langkah 1: Buka AI
Langkah 2: Masukkan gambar (Upload gambar sekiranya perlu)
Langkah 3: Gambar siap!
Anda juga boleh gunakan koleksi templat prompt gambar mewarna yang saya kongsikan ini untuk hasilkan gambar mewarna yang unik dan kemas.
Cara 2: Guna custom AI macam custom ChatGPT Coloring Book Hero
Anda hanya perlu prompt saja gambar yang anda inginkan dan AI akan hasilkan gambar tersebut.
Cara 3: Guna AI macam Colorify.AI
Anda hanya perlu tulis prompt, pilih styles dan saiz gambar kemudian generate. Gambar mewarna anda siap!
Setelah anda berjaya menghasilkan gambar-gambar mewarna ini, anda boleh menggunakan Canva untuk menyusunnya menjadi sebuah buku mewarna yang kemas. Tambahkan elemen hiasan atau teks untuk jadikan ia lebih menarik. Tonton video YouTube ini untuk belajar cara buat buku mewarna menggunakan AI + Canva.
Buku mewarna yang anda hasilkan itu bukan sahaja boleh digunakan untuk kegunaan sendiri malah anda boleh jadikannya sebagai produk digital di platform seperti Etsy atau Shopee! Akan tetapi, sekiranya ada ingin menjual, pastikan gambar-gambar mewarna yang ada dalam buku tersebut berkualiti.