Secara ringkasnya, ia adalah proses di mana sistem kecerdasan buatan mencipta visual baharu berdasarkan arahan teks yang kita berikan.
Penting untuk anda tahu: AI tidak mencari gambar sedia ada di internet.
Sebaliknya, ia "melukis" pixel demi pixel berdasarkan pemahaman yang dipelajari daripada jutaan data imej yang telah diproses oleh sistem tersebut.
Jadi, setiap hasil yang anda dapat adalah unik!
Sebelum mula "melukis," anda perlu faham dua istilah utama ini:
Prompt: Ini adalah teks atau arahan yang anda taip. Prompt yang jelas dan terperinci akan membantu AI memahami kehendak anda dengan lebih tepat.
Model: Ini adalah "otak" atau program AI yang digunakan (contohnya DALL-E atau Stable Diffusion). Setiap model mempunyai kepakaran dan gaya tersendiri. Sebab itu, walaupun anda guna prompt yang sama, hasilnya mungkin berbeza mengikut model yang digunakan.
Jangan risau kalau anda rasa tidak kreatif.
Ikuti formula mudah ini untuk mula menghasilkan gambar yang memukau:
1. Tentukan Subjek
Mulakan dengan subjek utama yang anda mahu lihat.
Contoh: Seorang pahlawan Melayu.
2. Tambah Konteks
Berikan sedikit "cerita" atau aksi kepada subjek anda. Di mana mereka berada? Apa yang mereka buat?
Contoh: Berdiri dengan megah di puncak gunung pada waktu matahari terbenam.
3. Nyatakan Gaya Seni (Art Style)
Ini akan menentukan rupa visual gambar tersebut. Adakah anda mahu ia nampak seperti gambar sebenar atau lukisan?
Contoh: Lukisan minyak (oil painting), 3D render, atau potret hitam putih.
4. Lakukan Penjanaan
Klik butang Generate dan biarkan AI melakukan tugasnya.
Dalam beberapa saat, visual anda akan muncul!
5. Penambahbaikan
Jika hasil pertama kurang tepat atau nampak pelik, jangan putus asa.
Anda boleh tukar, tambah, atau buang perkataan dalam prompt anda dan klik "Generate" semula sehingga anda dapat hasil yang sempurna.
Anda pun sebenarnya boleh minta tolong AI hasilkan prompt gambar untuk anda.
Nak tahu lebih lanjut, boleh belajar teknik mudah ini >>>