Pernah tak anda rasa geram sebab jawapan yang AI berikan terlalu umum atau "biasa-biasa" sahaja?
Masalahnya biasanya bukan pada AI itu tetapi pada prompt yang kita berikan.
Ramai yang anggap kita kena jadi pakar bahasa untuk tulis prompt yang hebat.
Hakikatnya, anda boleh minta AI itu sendiri untuk jadi "Arkitek Prompt" anda.
Teknik ini dipanggil meta prompting, di mana kita beri konteks dan biarkan AI buat kerja teknikal untuk kita.
Secara ringkasnya, teknik ini adalah proses di mana anda tidak terus meminta hasil akhir (seperti artikel atau kod).
Sebaliknya, anda meminta AI untuk merangka satu prompt yang lengkap berdasarkan permintaan anda.
Sebelum AI boleh buatkan prompt untuk anda, dia perlukan konteks.
AI tidak boleh baca fikiran kita.
Jika anda cuma cakap "Buat prompt untuk jual produk," hasilnya akan hambar.
Tetapi, jika anda beri sedikit latar belakang seperti siapa sasaran pelanggan dan apa kelebihan produk, AI boleh bina prompt yang sangat spesifik dan berkesan.
Mari kita lihat cara paling asas untuk buat teknik ini. Anda boleh gunakan formula ringkas ini:
1. Beri Peranan & Konteks
Mulakan dengan memberitahu AI siapa dia dan apa yang anda cuba capai.
Contoh:
Saya nak buat satu poster iklan di Facebook untuk produk kopi organik saya.
2. Minta AI Bina Prompt
Seterusnya, minta AI buatkan arahan yang lengkap supaya dia (atau AI lain) boleh hasilkan kerja yang bagus.
Contoh:
Tolong buatkan prompt yang lengkap dan terperinci untuk hasilkan poster iklan yang memukau.
3. Lihat Hasilnya
AI akan berikan templat prompt yang anda tinggal copy-paste saja.