Secara ringkasnya, Video AI menggunakan algoritma kecerdasan buatan untuk mencipta atau menyunting kandungan video secara automatik.
Sebelum kita mula mencipta, anda perlu faham dua cara utama yang sering digunakan dalam dunia AI hari ini:
1. Teks ke Video
Anda hanya perlu menaip huraian atau "prompt" tentang apa yang anda mahukan dan AI akan menjana klip video sepenuhnya daripada kosong.
Contohnya, anda taip "Angkasawan menunggang kuda," dan AI akan hasilkan videonya untuk anda.
2. Imej ke Video
Pernah terfikir mahu melihat gambar lama atau lukisan anda bergerak?
Image-to-Video memberi "nyawa" atau gerakan kepada imej pegun.
AI akan menganalisis elemen dalam gambar tersebut dan menambah pergerakan yang realistik.
Ramai orang kecewa kerana hasil video AI mereka nampak pelik.
Rahsianya bukan pada tool yang digunakan tetapi pada cara anda menulis arahan (prompt).
Untuk mendapatkan hasil yang nampak "mahal" dan profesional, pastikan prompt anda mengandungi 4 elemen penting ini:
Subjek: Siapa atau apa bintang utama dalam video tersebut?
Contoh: Kucing oren berbaju sut lengkap.
Aksi: Apa yang sedang dilakukan oleh subjek tersebut?
Contoh: Sedang menghirup kopi panas di stesen angkasa.
Latar Belakang: Di mana situasi ini berlaku?
Contoh: Di dalam stesen angkasa futuristik dengan pemandangan planet Bumi di tingkap.
Gaya Sinematik: Bagaimana rupa visual dan kualiti rakaman yang anda mahu?
Contoh: Pencahayaan sinematik (cinematic lighting), gerak perlahan (slow motion), dan kualiti 4K yang terperinci.
1. Jana Gambar Berkualiti Guna AI
Segala-galanya bermula dengan visual yang mantap.
Untuk tutorial ini, kita akan menggunakan Gemini untuk menghasilkan satu infografik yang kemas dan moden.
Kunci utama di sini adalah Prompt (arahan) yang spesifik.
Anda boleh cuba salin dan tampal prompt di bawah untuk melihat hasilnya:
Prompt:
Infographic illustration in a clean, modern flat design style. Title at the top: "MANFAAT HIDRASI". Below the title, three distinct panels separated by vertical lines. Left panel title: "FOKUS MENINGKAT", with an icon of a glowing brain. Center panel title: "KULIT SIHAT", featuring a cheerful stylized character drinking water with glowing skin. Right panel title: "TENAGA BERTAMBAH", with an icon of a fully charged battery. The color palette is blue, teal, and white. Ensure all text is legible and accurate.
Setelah anda berpuas hati dengan gambar yang dijana, download gambar tersebut.
2. Berikan "Nyawa" kepada imej tersebut
Sekarang kita sudah ada gambar yang cantik, masanya untuk kita gerakkan elemen-elemen di dalamnya.
Kita akan menggunakan platform seperti Meta AI atau Google Flow yang kini mempunyai fungsi untuk menganimasikan imej.
Cara Melakukannya:
Muat Naik Gambar: Buka aplikasi AI pilihan anda (cth: Meta AI) dan muat naik gambar infografik "Manfaat Hidrasi" tadi.
Masukkan Prompt Animasi: Tuliskan arahan ringkas untuk memberitahu AI apa yang perlu digerakkan.
Contoh: "Animate character in the infographic"
Tunggu Hasilnya: AI akan memproses gambar tersebut dan memberikan kesan pergerakan (seperti karakter sedang minum air atau ikon bateri yang berkelip).
Untuk belajar lebih banyak tentang cara buat video AI, anda boleh belajar dalam video tutorial ini.