Pernahkah anda terbayang untuk menulis buku cerita sendiri tetapi rasa buntu kerana tidak tahu melukis atau menulis ayat yang bagus?
Sekarang, impian itu bukan lagi mustahil!
Dengan bantuan AI, sesiapa sahaja boleh menjadi penulis buku cerita berilustrasi dalam masa beberapa minit sahaja.
Dalam tutorial ini, saya akan kongsikan langkah demi langkah cara paling mudah untuk menghasilkan buku cerita AI yang menarik dan berkualiti.
Ini adalah cara yang paling sesuai jika anda ingin hasil yang cepat.
Gemini mempunyai ciri terbina yang dipanggil Storybook Gems yang boleh menjana buku cerita dalam masa 1-2 minit sahaja.
Langkah-langkahnya:
1. Akses Menu Gems: Buka platform Gemini anda. Di bahagian sidebar (tepi), cari menu Gems. Skrol ke bawah sehingga anda jumpa Gem Manager, kemudian klik pada Storybook.
2. Tulis Prompt: Masukkan arahan cerita yang anda inginkan seperti dalam contoh ini. Anda juga boleh memuat naik foto sendiri untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut.
3. Siap! Tunggu sebentar dan buku cerita anda akan dijana lengkap dengan ilustrasi dan narasi suara. Ini contoh yang saya hasilkan >>>
Untuk lebih banyak cara buat buku cerita menggunakan Gemini, anda boleh tonton tutorial YouTube mudah dan ringkas yang saya kongsikan ini.
Walaupun cara pertama sangat pantas, kelemahannya adalah anda mempunyai kawalan yang terhad untuk menyunting kandungan tersebut.
Jika anda mahu buku yang lebih profesional dan boleh diubah suai, saya cadangkan anda menggabungkan AI dengan Canva.
Dengan cara ini, anda boleh menyusun layout, menukar jenis tulisan, dan memastikan teks selari dengan gambar yang dihasilkan.
Anda boleh rujuk 2 tutorial YouTube yang saya kongsikan ini kerana workflow mereka sangat ringkas dan mudah untuk anda ikuti.